Monday, September 3, 2012

Kali pertama.

Kali pertama?Pertama kali?Apa yang pertamanya?Apa yang kalinya?Bila baca perkataan pertama banyak kali,tiba-tiba terlintas dalam fikiran,"Wujudkah perkataan 'pertama' tersebut?Eh,betulkah ejaannya?"(Seringkali terjadi keraguan apabila diri ini menyebut sepatah perkataan berulangkali.)

Kali pertama jatuh cinta?Eh,bukanlah!Ini bukan pasal tuan empunya blog.Tiada kaitan dengan diri ini.

Jeng jeng jeng!

-Cut the chase-

Hari ini adalah kali pertama untuk seorang budak kecil bernama MOHAMMAD IZDIHAR menyambut hari lahir yang ke-5 di taskanya!(lupa nama tempat tersebut.Mutiara Iman ke Iman Mutiara?)

Dah menjangkau usia 5 tahun budak kecil yang aku selalu mengacah,bergaduh dan  mengusik sampai air matanya jatuh ke bumi.Hehehe!

Ini masa bayi lagi ni.Sibuk cakap Izdiyad kepala botak,ni Izdihar budak air liur.Hahaha!


SELAMAT HARI JADI IZDIHAR! B)

Kek bercorakkan kartun Spiderman tu!3kg tu!Besar tu!

Haha,tiada gambar awak sedang bersuka ria tadi untuk dimuatnaikkan ke dalam entri ini kerana kakngah pergi makan GCB di McDonald Alpha Angle,Wangsa Maju semasa awak menyambut hari lahir awak dengan kawan-kawan awak.

Jahat kakngah ni,makan McD tak ajak Izdihar.Hew hew hew.

Minta maaflah,kakngah tak bagi hadiah.Tunggu awak dah pandai membaca nanti kakngah bagi buku,boleh?
Membaca itu jambatan ilmu.(Selitan)

Amboi,orang pertama yang dapat beg jajan tu namanya Qistina eh?!Ooooooo,adik saudara aku yang seorang ini lah hai..

Apa-apa pun,jangan nakal sangat!

*Menulis entri sambil menikmati roti bakar disaluti mentega dan madu buatan mama tersayang.Nyum nyum nyum!=)

No comments:

Post a Comment

Feel free to say anything