Thursday, April 14, 2011

8-10 April

Tarikh yang mengubah pandangan aku terhadap kehidupan orang lain.

Hendak dijadikan cerita,aku menawarkan diri aku untuk menjadi seorang sukarelawati di sebuah konvensyen untuk OKU penglihatan anjuran Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia(PPOBM) di Hotel Putri Park.

Baru aku sedar yang kehidupan mereka berbeza.yang kita ni hidup dah cukup sempurna tanpa cacat cela.Pergerakan seorang yang buta amat terbatas dan begitu juga dengan peluang mencari nafkah untuk menyara keluarga kerana tidak ramai majikan yang hendak melabur terhadap keperluan dan kemudahan yang diguna pakai orang buta di tempat kerja.Memang ada peluang pekerjaan yang ditawarkan tetapi jumlahnya terhad.


 YDP PPOBM
Encik Jaafar

Setelah menjadi seorang sukarelawati semasa konvensyen ini,baru aku faham yang hidup mereka benar-benar susah.Namun begitu,mereka tidak pernah berputus asa.Golongan OKU penglihatan ini selalu dipandang rendah oleh orang lain.Satu kenyataan yang amat menyedihkan apabila hanya sejumlah kecil golongan ini sahaja yang mampu berdikari manakala ramai di antara mereka yang tidak mempunyai kemahiran terpaksa mengemis atau menjual tisu dari meja ke meja sebagai sumber rezeki.

Setiap insan ada kelebihan.Jangan pandang rendah terhadap orang lain.Siapa kata OKU ni tak cerdik?Tak  pandai?Mengapa ada tanggapan dalam masyarakat kita sendiri bahawa yang mereka ini golongan yang tak berguna dan menyusahkan?Ada antara mereka yang berpangkat tinggi dalam kerajaan,menjadi seorang guru,malah ada yang seorang tu askar[dia mengalami rabun yang teruk setelah menjadi askar].Ada antara mereka yang lebih bijak daripada insan yang sempurna sifatnya.

Jadi,janganlah kita anggap mereka ini sebagai satu bebanan.




Para sukarelawan/sukarelawati sepanjang konvensyen.

*Seronok buat kerja amal.=)

No comments:

Post a Comment

Feel free to say anything